20120319

adik baru

Ya.
saya tahu abah mak nak cucu.
sabar ya
belum tiba masanya.
hati ini belum bersedia untuk madukan mak.
tak pandailah lagi bahagi kasih sayang ini.
harap memahami kedudukan anakmu ini.
saya masih menunggu waktu yang betul betul sesuai.hari pasti tiba.tak lama kejap je lagi.
biar ready fizikal dan mental. jangan jadi kahwin cerai berai tak takut laki.
Dia masih setia menanti seperti mana dia tunggu 4 tahun dulu lagi.dan sekarang masih tertunggu lagi.hehe.kalau jodoh tak ke mana.Kerja DIA, kita berdoa sahaja.

mahu tunaikan janji pada mak nak tengok saya naik pelamin ijazah dulu ni.berpeluh ketiak nak masuk duduk exam untuk mak.tiada apa yang lebih bermakna bila abah mak tengok anak dia berjaya.InsyaAllah pelajaran saya bukan takat ini sahaja.Usaha saya mahu ke Master.lahai ma degree tak habis lagi duk cerita jauh melangit.haha! bukan kah mimpi perlu sampai ke bintang bak kata yuna :)
yang penting semangat juang.niat jangan tersimpang.

saya tak marah jika kasih sayang mak pada saya sudah dibahagi.
saya tak salah kan mak. saya tahu mak sunyi.
tak ada orang nak berkelahi.
abah pun tak selalu ada, sibuk ajar orang main golf tak pandai pandai lagi.ahai.

dah tu kucing jiran rumahlah yang jadi kawan pagi pagi. buka pintu mengiyau ganti ayam mengokok di pagi hari.lapar la tu. -.-
dah tu jaga makan minum hamster pulak.
tak tau apa mimpi abah bawak balik aquarium nak bela nemo katanya.nasib uteh beli ikan hitam kuat makan.tak ada lah susah hidup aku kena jaga sukat sukat air.phew! -.-'

ingat itu saja tunjuk perasaan mak.
rupanya tak habis lagi..
balik dari kampung kakak kesayangan tuan hamba dan ibunda telah membawa,


adik baruku -.-
nasib baik kau kiut macam kpop! -.-'


14 comments :

Sue-Rya AQ said...

alahai..ingatkan pebenda la tadi kan..hehehehe..tiut miut la ini arnab.. :P

mama qis said...

Cepat2 la kawin yunk....
Hehehe

~ ADANDO ~ said...

Chomel rabbit ni, tapi chomel lagi orang sabah...
ha...ha...ha....
Larikkkk................

Anum said...

sangat cute

emma dangdut said...

sue.hehehe!

emma dangdut said...

Nor!i will follow u :D

emma dangdut said...

orang sabah comel bang??pengsan -.-,,

emma dangdut said...

anum,, arnab baka apatah,,tak besa sangat.ni pun takut2 nk pegang ee -.-

Tony Eprili said...

Imut bangeeeeett... ^_^

hamzah ian said...

aku takut arnab.. huhuhu

Mrs K@Syida said...

alololo....kaget jap...bila pulak mak ambik anak angkat nih?...ni yang tercabar...rupenyer...tipah tertipu.

emma dangdut said...

hamzah.ni msti takut kucing jugak ni,,hehehe :P

emma dangdut said...

hahha!! mak mau cucu lagi angah,,siap beli buku masakan untuk berpantang.ini serius :P

Mrs K@Syida said...

owh noooo....kata kat mak bawa bersabar sebab yg 3 ni pun terkejar-kejar rasanya...haaaa...mintak kat along ker....hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...