20110210

kacang lupakan kulit

Lepas hang up phone,terus googling.adakah bahasa Melayu masih bahasa rasmi di Malaysia?habis most of the links jadi bahan kajian.Satu demi satu link buka baca tapi semua masih sama.mengikut penelitian mata dua masih tiada perubahan(hairan).Alhamdulillah untuk itu.Nauzubillah untuk you.kenapa?

sketsa 9/2/2011 1447
kacang : saya tak reti bahasa melayu boleh cakap bahasa inggeris tak?
kulit     : (*O*)
             (bukan puan cakap dalam bahasa kita ke sekarang?)
             as you wish madam..
---
saya faham kalau tak fluent or tak faham, but you said tak reti.tak reti?come on.
dont let my blood goes up!hehe.
saya tak marah.langsung tak.walhal rasa sedih,rugi.
rugi ya amat, (stress words)
rasa tak rugi yang cuba saya sampaikan?rasa tak? (angguk spring)
sedih tau bila bangsa kita sendiri yang mempunyai tahap kewarasan yang baik pendidikan yang tinggi mungkin, akan tetapi mmm, seribu kali sayang tidak digunakan dengan baik.jangan riak.Tuhan tak berapa nak suka.

dari sini saya belajar, supaya sentiasa beringat, jangan jadi pembunuh bahasa Melayu.
  
saya korek saya tampal (copy paste),

...Justeru itu, status Bahasa Melayu di Malaysia sepatutnya dipertahankan dan diangkat oleh semua bangsa yang mengaku dirinya warganegara Malaysia kerana citra bangsa dan nilai ketamadunan tanah airnya.
Keunikan dan gagahnya bangsa Malaysia ini dinilai kepada penghormatan warganya terhadap bahasa tanah tumpah darahnya sendiri.

"Bahasa Melayu" adalah Bahasa Kebangsaan negara Malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. "Bahasa Melayu" adalah bahasa rasmi negara Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu adalah sepertimana yang diperuntukkan oleh Akta Bahasa Rasmi. Istilah yang betul untuk digunakan adalah "Bahasa Melayu" dan bukannya "Bahasa Malaysia"

English translation:-
"Bahasa Melayu" is the National Language of Malaysia, as stipulated under the Federal Constitution of Malaysia. It is the Official Language of Malaysia. The usage of "Bahasa Melayu" is as per stipulation of the Official Language Act. The correct term to be used is "Bahasa Melayu", not "Bahasa
Malaysia"

rugi jadi orang Melayu kalau tak reti Bahasa Melayu.
renung renungkan lah dan selamat beramal! :)

7 comments :

Mizz NiniE said...

boleh jadi cikgu bahasa melayu lah emma

noor hawa natasya said...

sy setuju!
tp ade yg poyo ckp omputih bila time marah o sedih2.
sy bila marah ckp spanyol.trus lupa bahasa malaysia bila sy marah.hahahha.
lg advance kan sy ni.ahaks!
ape aku merepek ni .haish!

EMMA MOHD SHAM said...

ninie,anak cikgu bm+muzik la katakan :P

EMMA MOHD SHAM said...

no,spanyol??wahh!nk tutor awk la.hehe :)

Mrs K@Syida said...

Bahasa Jiwa Bangsa....tapi Melayu Mudah Lupa..Jangan sampai kita hilang jatidiri kan..

Lain macam jer...marah kat saper pulak ni...hahaha...sabar yer dek non..

Nazri Razra said...

Abe pun ingin gak jadi cikgu Bm dulu. Tapi masa test psikologi.. dah tak pass.

Psikologi Abe tak betul kot?!!

Nazri Razra said...

Hidup bahasa Melayu!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...