20101120

lengchai jonggang

abang,
terima kasih.

terima kasih kerana berusaha untuk negara.
walaupun berlainan agama yang penting niat kita.
kami sekeluarga sebagai rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan abang di China.

i love you lengchai.sorry mei choo.
eh eh tak lupa juga team bergu.good luck semua!

abah
mak
along
abang long
uteh
adik
ahjoi
we all kat rumah dah terjerit jerit tengok game malam ni.baru semi...ahai (^v^)

20101118

mood tak menjadi



sabtu lalu.

went out with one of my FRIEND.
(caption dibesarkan supaya mudah dilihat dan maksud difahami)
saya dah dapat agak hati dia ada taman.
did know what i meant?
pertemuaan rasa janggal.masih tersipu sipu malu.gelak tutup tutup mulut.tangan gerak bagai dirancang.kaki duduk nak bersilang.kerdipan mata seperti mengikut arahan.jalan ikut macam ada anak panah.kiranya semua pergerakan tersusun rapi.nak pulak waktu keluar pun kena o-som jela kan,,asyik asyik 'ikut la / mana2 la'.
'aku pun tak paham'.

dah o-som,then he suggested (tak perlu tanya siapa menang) to watch movie kat wangsa walk wangsa maju sebab dia tak pernah ke sana.jadi tanpa ragu ragu saya setuju.orang belanja kan.haha.pilih punya pilih jadi decided lastly tengok cuti cuti cinta (c3)..ha!emma tengok citer tu.apakah? :P haha.apa boleh buat, dia lebih excited nak tengok nasi lemak 50posen (-.-) .tambah lagi ngn couple sit, mmg 'aku tak bekenan sgguh'.mahal lak tu.hei.
sy lg prefer sit biasa yang boleh menyandar tangan dan kaki yang agak over panjang.eh bukan eh? :B

memandangkan perbelanjaan movie tidak dikeluarkan jadi untuk mengelakan rasa serba salah jadi saya kenalah belanja pop corn.selalunya nak tengok movie takda istilah standby depan.asal ada masa,round satu la bangunan.lg 2mnt nk start baru blari tkepit kepit cari sit.tapi dengan dia ni terpaksa control sikit.standby awal okeh.takut berebut padahal tade la ramai sangat pun.yang pasti waktu choose timing movie pastikan ada celah2 waktu solat ya.timing kena betul dan kena masanya.appointment wajib jangan lupa.i like maher zain.waah,tetiba :)

review c3?what should i say.cerita ni terlalu ringan tuk saya.tak ada rasa apa apa pun nak cerita bawa balik nk teringat dua tiga taun lamanya.tak kisah la cerita action ke komedi ke romantik ke.bagi saya kalau betul nak tengok movie saya cari movie tu betul beri impak besar sampailah saya boleh besarkan mata.(@.@)
ya la.dah kena bayar movie untuk,
screen sebesar itu.
sound system terbaik dari rumah you.
aircond pasang kalau boleh nk suhu -21.
dalam bilik gelap pulak tu.
yang pasti saya belum mampu nak beli semua tu.haha.dont u think the same way as i am?

saya boleh bagi 1 1/2 bintang.tu pun sbb datin n malik.nak kata nyesal tengok.urm..okeh okeh nasib movie Melayu.so tak da la rasa sangat. (-.-)v
*credit to malik sbb pandai buat saya gelak :)


tp tp.
ada yg spoiled mood sy over the nite.
ada pulak watak sampingan.ee.antagonis sungguh.


nak dijadikan cerita tetiba saya migrain yg agak menyakitkan.dah pulak tak bawak bekalan perubatan.mmg tkerut kerut la muka.he's so concerned sampai dia perasan skit yang lain pasal saya.even sy ada touching pun dia risau bagai nak gila.alolo so sweet..eh never mind bout that,sambung cerita..


pastu blari lari gi guardian nk beli panadol actifast sepapan.nak pulak kaunter pun ada satu.dengan patuhnya beratur ikut barisan ya.ikut barisan...saya pasan si kakak montel ni kat belakang dia.padang2 je la anggap biasa.dia tanya tanak air ke?eh,yea tak yea jugak ek.mau tecekik.hai..cari dapat zass terus pass.tetiba saya tepandang barang2 kakak dah belongok kat atas kaunter tp dia baris depan kakak tu.baris tak macam panjang lak kt belakang.jadi mana dulu?? >:o


dia dgn nada lembut lemah gemalai,'kak boleh saya lepaskan dahulu'..
padahal saya rasa dia tak perlu mintak izin kot mmg dia dulu.kalau kakak tu rasa dia betul cuba bayangkan, air mineral ngan panadol je kot..boleh faham ada orang sedang dalam kesakitan.


andaian saya silap..
kakak tu dengan muka sombong boleh sound kuat kuat,
TAK BOLEH!


dia ngan baik hati beratur balik kt belakang.
'aku pun tak paham macam mana dia boleh tahan'.
untuk mengelakkan sebarang tidak diingini berlaku better saya tunggu luar.



kakak tu memang menguji kesabaran saya.
kenapa kamu berperangai demikian?malam semalam tak dapat ke? atau meroyan kempunan naik pelamin calon takde.ish ish kesian..
(finger warning) perangai buruk tu mintak tolong jangan effect orang lain ya.
be polite.
berkelakuan baik kena bayar ke sayang.dapat pahala lagi ada.
kalau saya la..urmm...elok gemok kang jadi kurus...


fuh.
menguncap panjang dibuatnya.
nasib keluar dengan maher zain, sejuk sikit hati.ahai.




tapi..
sejuk ati belum tentu memikat hati..urm...
not yet.
(-.-)

20100902

iftar 2010 - nailis restaurant

isnin - 30082010


hari paling memgembirakan saya.saya jumpa orang yang saya sayang didunia.hanya Tuhan saja yang tahu tahap kesayangan saya pada mereka.malam tu kami plan buka puasa sama kat Nailis Sentul.saya hampir gila dengan suasana tempat tu.raya nak pindah pindah tempat je.nak rasa semua suasana.heh.

monyet monyet malam tu.
> fathi zombie
> abby ramlah ram
> neddy feminin
> fadzila alejandro
dan saya emma dangdut :)

saya banyak diam cuba masuk keadaan.dah lama kot tak jumpa dorang.kekok pulak.lain kali saya nak lepak hari hari.kalau boleh nak satu pejabat satu umah semua sekali.kalau dulu kami selalu kua sama..tidur sekatil.makan semeja.mandi?asing tapi bilik air sama.kalau boleh hari hari nak together.waa.rindu nya.saya ingin macam dulu.semua seperti dulu.bahagia nya hidup.tapi sekarang dah berubah.mereka dah lain.sebab..

> dulu fathi rambut panjang sekarang rambut pendek
> dulu abby rambut pendek sekarang rambut panjang
> dulu neddy saya rasa rasa dia rambut panjang sekarang rambut lagi panjang.baru kenal.jadi tafsiran sendiri.heh!
> fadzila.pun baru kenal.dorang baik.even baru kenal tapi dah macam jiran sebelah.
> dulu dorang selalu bahan saya pasal gigi.bila gelak besar nampak gigi msti dorang jerit 'emma gigi!'
kelang kabut tutup mulut cepat cepat.haha.tapi sekarang tidak lagi.gigi tu dah takde.heheh (gelak jahat)

 ni bukan geng 36. ini geng 24. 
24 tahun
"korang pasan tak kita sedondon biru.haha!"

dolu

20100830

lagu tak jemu

tiap tiap Isnin mesti ada perhimpunan.kalau time perhimpunan saya tahu semua jadi malas je nak beratur nak kena nyanyi 2 3 lagu.nak dengar guru bercakap sorang satu.saya rasai tu semua dulu.dari tahun 1993 94 95 96 97 98 2000 01 02 03.wuuu.lama wo.pernah tak terpk bahawa betapa betuah nya ketika beratur time tu?tak rasa bahagia ke nyanyi lagu Negaraku?indahnya.

Ahamdulillah.organisasi saya selang 2 3 bulan mesti ada assembly.lega dapat nyanyi walaupun tak hari hari.kita patut terap pada semua organisasi even swasta or badan kerajaan.saya percaya kalau hayati betul betul lirik lagu tu mesti nak meleleh you.wah!semangat patrotik tetiba.tapi tolong percaya saya yang saya amat sayangkan Malaysia saya.saya berdoa hari hari agar Tuhan lindungi kami.petahankan hak kami.tidak pecah belah kan kami.tolong ingatkan mereka yang alpa tentang datangnya kemerdekaan milik kita.

ya betul negara kita ni bebas beragama tapi diingatkan,
Malaysia milik Melayu & Islam agama rasmi.
jadi jangan pertikaikan ini semua kerna kamu tidak puas hati.
nanti raja-raja kami murka.bahaya.
terima kasih atas pertimbangan dan kesedaran kalian.

i heart Malaysia.should i repeat?

20100816

pantun gigi besi

usaha hampir enam tahun (cari tempat)
penantian hampir setahun (waiting list)


pengorbanan hampir tiga minggu (cabut+tampal)
esok hari penentu.


dr albira,zilla i harap kat you
jalan lupa bius kan i dulu :D


boleh tak bius boss i skali supaya dia tak panggil emma rongak lagi.
please..... :B

20100812

mickey punya pasal


pelik.serious saya pelik.andaian saya meleset.saya cuba terima kenyataan.saya cuba faham keadaan.tu la lain kali jangan berprasangka dulu.seikhlas ati saya minta maaf.saya tahu saya tak patut cakap dalam hati pasal mickey mouse lekat dinding tu.kerusi lama tu.notice board dah kuning kuning tu.marmar tangga.selak pintu.cawan besi.lap kaki.sapu tangan orang kawin.kipas angin.hurm.sorry.sebenarnya saya dah kerisauan.kegelisahan.ketakutan.lagi lagi tepaksa tu buat benda yang paling saya tak suka.saya menangis meraung raung minta tolong pun tak guna.mesti orang kata saya gila. :'/

emma.
ah sudah.ish.nape tak panggil orang lain je.(padahal aku sorang je yang ada :P)

masuk.duduk.baring.goyang2 kaki.dia boleh pasang kipas direct daa.kalau tlena ni jangan salakan saya.

1 minit.tak muncul muncul.penantian atas kusi sungguh menyiksakan.mengadap pulak sticker mickey tak tau taun bila punya zaman.rasa gatal tangan je nak kutil cabut buang.tuk hilangkan perasaan macam macam buat buat main hp.tuka tuka background.font color.almaklum hp tak canggih.jangan nak cakap lebih :P

dia datang datang.terus capai surat baca dua tiga line.buat kira kira.kasi empat injection.ciap boleh tanya.
dah ready ke?
soalan apa tu??boleh saya jawab tak padahal bibir dah kembung cam ikan buntal da ni.alahai kamilah..geletek kang.
dia bangun penuh gaya.badan kecik tapi tetiba saya nampak besa je aritu.terbayang dia rupa gegasi ijau yang jahat cuba merampas harta karun milik saya.ah tidak!movement dia saya nampak ala ala matrix dah ha.ketaq' lutut makin laju.pejam mata kuat kuat konon boleh hilang sakit tu.
krrrup!satu.
pruup! dua.ciap
sudah?are u sure?tadi saya langsung tak rasa apa apa kot.pelik.sungguh pelik.saya tak pecaya sampai ke sudah.dua batang gigi sekali gus kot.takan tade rasa langsung??sikit pun takde ni.darah punyalah banyak keluar.loya je tekak telan darah bgelen gelen.nasib tak boleh puasa :P

nurse tu puji gigi cabut saya 2 cantek elok lagi.
bila saya tengok.ak ah la betul la.gigi sehat sehat la dia.gomok gomok pulak tu.ala lalala.

mulut masih kebas.saya senyum pakai mata tanda terima kasih.
disini saya ingin membuat sedikit promosi.ha!silalah ke klinik kamilah pasti takan menyesal.haha!saya tak dapat pape pun.kerja amal. :) klinik dia koboi ckit tapi yang penting service dia tiptop.seyes.two thumbs up.saya rasa macam nak cabut semua gigi ni.nyesal saya bayangkan dia macam gegasi.lepas ni confirm macam bidadari  0:P

sekarang ada dua doctor buat saya jatoh ati.kamilah sathi.gigi saya da habis cabut.3 batang semua belum masuk lagi korek tampal tampal.terima kasih banyak banyak.susah susah je buat saya rongak.paling best bos saya panggil emma rongak.saya tpaksa bediet.saya tersentuh sebab mak tau saya tak leh makan jadi jadi...dia buat bubur bekal bawak gi kerja supaya saya leh makan curi curi.haha!nape la tade hari doctor kan.kalau tak saya dah tolong sambutkan ngan mercun pop pop.saya tak tau nak bagi apa.nanti saya post kad raya la ya!tungguuu!

ni jalan pigi sana..kalau puasa jangan nak ngelat pegi ha!

Klinik Kamilah (landmark : kfc)
No.23A jalan 54,
Desa Jaya Kepong
52100 KL

selamat menjalani rawatan dan selamat berpuasa :B

20100805

sathiku ada sakti

saya ada kawan baru.nama dia sathi.sathi sangat baik tinggi pulak tu badan pun berbulu.saya baru je kenal dia.jarang jumpa.jumpa pun bila perlu.dah jumpa dia kelu saya apalagi jadi batu.saya suka dia.jangan salah anggap saya suka dia cuma...bila dia geleng tanda setuju.tak setuju pun dia setuju.itu tradisi.faham sendiri sudah.

dia ambil berat soal saya.saya beruntung ditemukan dengan sathi.sepanjang pekenalan dia tak pernah sakitkan saya.sentiasa beri nasihat yg saya tak boleh nak argue.tak jemu jemu tengok muka saya ni (??).beri sepenuh perhatian pada saya.yang yang paling penting dia sabaaar.....

satu hari kami berjanji akan berjumpa di tempat kerjanya jam 10pagi.saya terus setuju tanak tunggu lama lagi jumpa sathi.hari biasa jadi saya terpaksa berpakaian kerja.degup jantung laju.saya biarkan perasaan ini menghantui saya sebab..........



....nak tanak saya kena cabut gigi juga!saya pasrah ditangan sathi.takde cara saya nk pujuk sathi.gigi ni memang tak boleh diselamatkan lagi.terima lah padah kerana tidak menjaga gigi.terima kasihlah ya sathi.you buat memang tak sakit.paling i suka sathi buat screening gigi sampai gosokkan gigi i lagi.sekarang tinggal lagi 2 appointment je tuk lengkapkan misi.

sedih+gumbira=??
sedih     : tak dapat jumpa sathi lagi.
gumbira : tak perlu tahan ngilu seriau lagi.
tak pe lah.nanti saya sakit saya jumpa sathi lagi.
mesti nurse tu cakap 'lagi lagi sathi lagi lagi sathi!'
oh ya!saya ada lagu untuk sathi.dengar ya!

(melody : shades/lagu malam)
oooh oooh sathi!
kau ada kuasa sakti
tanganmu membela gigi.
sakit cuma celah gigi
oooooooooooh ooooooooooooohoi! oooo!  :o
oo sathi sathi sathi.....sat...........thi! :)

terima kasih doctor sathi.u memang cool! :B

20100802

selamat pagi cikgu

01082010 - ahad
1407

(muka sopan) akak duk mana?

kak tut tut : kenapa???nak tumpang ke!!
(kunyah chewgum macam budak kecik baru dapat kebenaran mak eksyen depan kawan kawan yang awak sorang je la dapat)

eh!tak la..tanya je..(senyum sopan)

kak tut tut : tak payah lah.aku pun sesat jugak tadi..dua kali pergi sini pun sesat jugak..

er??..ak ar yea la.. (compius jap..aku tanya ape tadi ya??)

op oop prof masuk buat buat selak buku..

'ni hao laoshi' (macam upin ipin daa..ikut je laa.nasib tade goyang goyang)

reaksi masing masing cuba menunjukkan pehatian yang terbaik pada laoshi untuk memastikan laoshi akan mengingatinya..almaklum la student pjj.ape ape pun guna email je.laoshi tak nampak.

laoshi sibuk tulis kat depan,i sibuk tgk orang.senyum senget sorang sorang.manataknya..

calon a : senyum sambil tnga nga - untuk menggambarkan kepada laoshi bahawasanya beliau seorang yang amat teruja dengan bahasa asing ni.

calon b : muncung sambil menunjukkan jari telunjuk ke bibir - bagi memastikan laoshi nampak yang beliau seorang yang sedang berusaha mencari jawapan.

macam macam gelagat.bayangkan ada 40+ orang dalam class.im one of them.tapi tapi i tak nga nga tak muncung muncung ya.muncung dlm camera je.ni kes virus victoria beckham la ni.hish!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...