20090924

raya cara kami


sabtu - last day puasa
3jam lebih perjalanan dari kl ke ipoh.jalan jammed seperti yang dijangka.tambah lagi hujan renyai jadi tak ada alasan tuk tak patuh had laju.nak tak nak redah je la.as usual,berongeng dalam keta dah jadi kewajiban.yeah.dangdut sampai kapan.selit selit dengan lagu raya.buat excited nak balik kampung je.

angah and family arrived malam.dah dekat simpang pulai mak dah standby kat depan pintu.tak sabar la tu sambut cucu.nasib this year angah raya belah sini dulu.kalau tak sunyi rumah tak dengar teriak budak budak tu.takut pulak nak kawin.nak kena gilir gilir nak raya ngan mak.eee.tak nak!hurm.

tau tau je la malam raya.riuh bunyi bunga api letup dentum dentam.macam stadium bola.almaklumlah rumah atuk dekat dengan rumah YB.depa bakar kita sorak.nak beli rasa lali baik beli baju padini.pop pop boleh tahan la lagi.hehe.maaf mungkin perangai agak menjelekkan tapi tu pey el (perangai) mmg payah nak kikis.biar satu benda yang remeh temeh pun akan fikir dua kali tapi kadang2 tu tersasar jugak.haha.



1st raya
bangun pagi.tak dapat semayang raya.(cebik).opah mak sibuk prepare sarapan pagi.dah tu siapkan abah lagi.angah pulak siapkan anak anak dan suami.uteh aku siapkan diri sendiri sudeh.semua kelang kelibut nak cepat siap.tahun ni petama kali raya tanpa arwah atuk.biasanya tiap tiap taun abah teman atuk semayang raya kat istana.sekarang dah berubah.atuk dah tak ada.abang kroll.his son in law.ada la kawan orang tua tu nak semayang raya.cian dia.dah nasib badan dapat anak semua perempuan.atey nyer girl powey (loghat parit) :P
adegan salam raya.aku guna ayat tahun lepas je tapi tahun ni lebih dramatis.heh.
kami sesaudara memang susah nak jumpa.sekali setahun je.tu pun nasib ada hari raya.kalau tak tak tau la bila.bayangkan lah kalau dah bersama?gila jadinya.ingat masa budak budak dulu, selalunya dah jumpa memang tak tidur sampai ke pagi.tahan mata tak nak tidur sebab nak betul betul spent time together.main barbie doll la.main masak masak pakai piring besi la.arwah opah bebel cam mana sekali pun tetap keraskan ati.tak peduli.haha.
tak kan sampai besar nak macam dulu lagi.cuma aktiviti betukar lebih kearah kedewasaan, seumpama ni.ya,sesi fotografi!apa lagi!

 


deyme giler teman sukey


tengahari - ziarah pusara hajah ramlah & haji abdul rashid (arwah opah atuk belah abah).

then, dah agak ke rumah ayah lang.tinggal dia sorang adik beradik arwah opah yang tinggal.abah minta petua.bukan kasi muda yerk.adalah.rahsia :P yang best beraya rumah ayah lang, kami lepak makan di pangkin.makanan pun best best.ada ketupat,ayam rendang,lemang etc.semua buat sendiri tau!credit to ayah lang!


 

ini bukan untuk dijual,hanya untuk seisi keluarga sahaja.makanan tuk berapa keturunan agaknya?


panjut klasik


petang hingga malam - now turn program mak.mana je mak nak gi angah bawak.adik beradik mak ada ramai jugak duduk perak.mana yang sempat kami ziarah.mula mula gi;


rumah mak pidah - kakak mak
'mat..' hai dia masih ingat nickname aku masa kecik tu walau dia ada sakit pelupa buat aku syukur panjang yang aku masih dalam ingatannya.ALHAMDULILLAH

rumah mak wan noor - adik mak

rumah mak en'nin and ayah ku'jit - kakak mak
tertarik sungguh ngan gambar ni.

2nd raya
petang : rumah saudara opah
then, makan ABC kat KK.tempat fav abah.now jangkit kat anak anak dia.
we vote gerai ah yoong. :D

3rd raya
petang : rumah mak zi - adik mak
malam : rumah ayah ngah - abang mak
hampeh.sorang sedara pun aku tak kenal.tak rapat la.dah tu kelu tak berkata, membabi buta mencari makanan semata mata.balik kekenyangan tu tujuan utama. :P


now otw ke gerbang malam,then jumpa pintu masuk rumah sape tak tau.tak masuk cuma lalu.scary you.
4th raya
tengahari : rumah cu
kemudian, teman uteh buat rambut 3jam++ dalam salun dengan hanya dibekalkan 3 magazines in english sahaja okay.nasib uteh bagi duit upah beli coki coki (obat penenang).


petang : PK - KL.
5th raya
petang : ziarah arwah nenek belah mak.
mak nampak ular.euw.
Alhamdulillah, kami tak apa apa.


ucapan orang biasa : SELAMAT BERBAHAGIA DI HARI RAYA :D



4 comments :

Messy said...

raya sakan ye u. seronok gile.

emma mohd sham said...
This comment has been removed by the author.
Mrs K@Syida said...

Waaaa sudah boley add comment!..best raya kali ni walaupun singkat.Tak puas nak bergelak sakan & buat lawak adik beradik. Haziq & Hazim seronok sangat & asik ingat Acu & Ateh.Last Saturday dorang ingat Tah, Acu & Ateh nak dtg, pagi2 dah xcited...Angah janji kita buat bbq tu ok...Nanti angah bagitau bila ye..

emma mohd sham said...

kami dah excited dah ni.sampai ati :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...