20090924

raya cara kami


sabtu - last day puasa
3jam lebih perjalanan dari kl ke ipoh.jalan jammed seperti yang dijangka.tambah lagi hujan renyai jadi tak ada alasan tuk tak patuh had laju.nak tak nak redah je la.as usual,berongeng dalam keta dah jadi kewajiban.yeah.dangdut sampai kapan.selit selit dengan lagu raya.buat excited nak balik kampung je.

angah and family arrived malam.dah dekat simpang pulai mak dah standby kat depan pintu.tak sabar la tu sambut cucu.nasib this year angah raya belah sini dulu.kalau tak sunyi rumah tak dengar teriak budak budak tu.takut pulak nak kawin.nak kena gilir gilir nak raya ngan mak.eee.tak nak!hurm.

tau tau je la malam raya.riuh bunyi bunga api letup dentum dentam.macam stadium bola.almaklumlah rumah atuk dekat dengan rumah YB.depa bakar kita sorak.nak beli rasa lali baik beli baju padini.pop pop boleh tahan la lagi.hehe.maaf mungkin perangai agak menjelekkan tapi tu pey el (perangai) mmg payah nak kikis.biar satu benda yang remeh temeh pun akan fikir dua kali tapi kadang2 tu tersasar jugak.haha.



1st raya
bangun pagi.tak dapat semayang raya.(cebik).opah mak sibuk prepare sarapan pagi.dah tu siapkan abah lagi.angah pulak siapkan anak anak dan suami.uteh aku siapkan diri sendiri sudeh.semua kelang kelibut nak cepat siap.tahun ni petama kali raya tanpa arwah atuk.biasanya tiap tiap taun abah teman atuk semayang raya kat istana.sekarang dah berubah.atuk dah tak ada.abang kroll.his son in law.ada la kawan orang tua tu nak semayang raya.cian dia.dah nasib badan dapat anak semua perempuan.atey nyer girl powey (loghat parit) :P
adegan salam raya.aku guna ayat tahun lepas je tapi tahun ni lebih dramatis.heh.
kami sesaudara memang susah nak jumpa.sekali setahun je.tu pun nasib ada hari raya.kalau tak tak tau la bila.bayangkan lah kalau dah bersama?gila jadinya.ingat masa budak budak dulu, selalunya dah jumpa memang tak tidur sampai ke pagi.tahan mata tak nak tidur sebab nak betul betul spent time together.main barbie doll la.main masak masak pakai piring besi la.arwah opah bebel cam mana sekali pun tetap keraskan ati.tak peduli.haha.
tak kan sampai besar nak macam dulu lagi.cuma aktiviti betukar lebih kearah kedewasaan, seumpama ni.ya,sesi fotografi!apa lagi!

 


deyme giler teman sukey


tengahari - ziarah pusara hajah ramlah & haji abdul rashid (arwah opah atuk belah abah).

then, dah agak ke rumah ayah lang.tinggal dia sorang adik beradik arwah opah yang tinggal.abah minta petua.bukan kasi muda yerk.adalah.rahsia :P yang best beraya rumah ayah lang, kami lepak makan di pangkin.makanan pun best best.ada ketupat,ayam rendang,lemang etc.semua buat sendiri tau!credit to ayah lang!


 

ini bukan untuk dijual,hanya untuk seisi keluarga sahaja.makanan tuk berapa keturunan agaknya?


panjut klasik


petang hingga malam - now turn program mak.mana je mak nak gi angah bawak.adik beradik mak ada ramai jugak duduk perak.mana yang sempat kami ziarah.mula mula gi;


rumah mak pidah - kakak mak
'mat..' hai dia masih ingat nickname aku masa kecik tu walau dia ada sakit pelupa buat aku syukur panjang yang aku masih dalam ingatannya.ALHAMDULILLAH

rumah mak wan noor - adik mak

rumah mak en'nin and ayah ku'jit - kakak mak
tertarik sungguh ngan gambar ni.

2nd raya
petang : rumah saudara opah
then, makan ABC kat KK.tempat fav abah.now jangkit kat anak anak dia.
we vote gerai ah yoong. :D

3rd raya
petang : rumah mak zi - adik mak
malam : rumah ayah ngah - abang mak
hampeh.sorang sedara pun aku tak kenal.tak rapat la.dah tu kelu tak berkata, membabi buta mencari makanan semata mata.balik kekenyangan tu tujuan utama. :P


now otw ke gerbang malam,then jumpa pintu masuk rumah sape tak tau.tak masuk cuma lalu.scary you.
4th raya
tengahari : rumah cu
kemudian, teman uteh buat rambut 3jam++ dalam salun dengan hanya dibekalkan 3 magazines in english sahaja okay.nasib uteh bagi duit upah beli coki coki (obat penenang).


petang : PK - KL.
5th raya
petang : ziarah arwah nenek belah mak.
mak nampak ular.euw.
Alhamdulillah, kami tak apa apa.


ucapan orang biasa : SELAMAT BERBAHAGIA DI HARI RAYA :D



20090916

salakan lagu raya

selamat hari raya. 
seronoknya pasang radio dengar lagu raya. 
terkinja kinja joget macam hantu raya. 
yang penting semua gembira. haha! 

sambut tu biar sederhana. 
berpada dengan apa yang ada. 
yang penting kau sekeluarga bahagia. 
jangan lagak rupa iguana.
sombong dengan baju raya euromoda. 
buruk la. 
sumpah tak lawa. 

sudah sudahlah
esok raya. 
jangan lupa salam raya!

20090915

penyakit gusi 2 hari

sabtu ahad keluar dengan AB P'E KA.pergh.gila lah.dua hari yang cukup menyeksakan.mana taknya gelak bedekah dekah.tak peduli sesiapalah.cakap sekali ketawa dua kali.betul betul mengantuk barulah rasa penat.kejang semua urat urat.macam macam aktiviti riadah kami dah buat.

sabtu tengah hari hantar AB.balik dulu petang sikit baru jumpa P'E.buka sama sama dekat wangsa maju bawah jejantas lrt.gila scary.buat tak port sebab da lapa' ni.buka patut jam 1917pm tapi tak dapat buka ikut time.dah sampai pun cukup cukup time.ratah la je la dulu air sama keropok ikan.

order menu tak banyak.cuma nasi putih, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, kerang rebus, telur bungkus, tomyam campur.perut semua saiz S.so makan pun tak abis.lepas teringin bau je.rugi rugi.nasib tak order ikan pari.hurm.
aku AB decide ke karaoke.KA tak mau.last last gi OU watch movie.last desination part 4.tapi tiket front sit.gila kau nk tgk cerita gitu depan depan.tak sanggup weyh.so decide tgk esok petang.nak tak nak malam ni kena puaskan gian aku AB.budak budak tu paksa ikut sekali.haha.padan muka depa.


dah macam tourism kami bawak si mamat jay bee ni.dah tu heret gi danau lagi.jalan 1 round cukup.jalan tersenguk senguk.sesak teruk.ayo.tapi nak buat macam mana kata satu malaysia.hari raya eid dulfitri pun semua nak rai.kan elok kita berkongsi. :)
sebelum jalan danau KA sibuk nak tengok MU.kami terpaksa setuju.dia peminat nombor satu.mamak situ jadi saksi.hilang bosan main teka teki.geli hati hehe.lagi lagi gelagat si AB ni.
suklan spontan dalam keadaan sangat memenatkan dipaksa juga main.


kenapa semua mamak ni bau sama?P'E KA AB laughed.
AB : apa jawapan?
tak ada jawapan.
they laughed again.
sebab tu la aku tak nak main.heh.
tengah sibuk cari baju KA tetiba hujan.tapi misi harus diteruskan.hujan hujan pun tak patah semangat depa nak shopping sakan.aku AB surrender duduk kusi tuan kedai.konon buat buat tak perasan.
nak balik dah tak boleh.tutup kepala guna plastik thank you.jalan melulu tak toleh belakang,malu.tapi seronok mandi hujan rasa macam zaman kecik dolu dolu.huhu.
balik sahur,terus tidur.
tiket da beli rugi ta pegi.suma g tengok movie.boleh tahan movie ni.sesapa penyakit jantung darah tinggi baik jangan pegi.better siapkan surat guaranty.mau kang lepas tengok terus tanam tujuh kaki.baik pikir dua tiga kali.menyesal nanti.aku mengaku aku memang tak berani.nasib ada dua lelaki so tak ada lah rasa nak lari.hehe.
bus KA pukul 6.kami hantar dia pulang.bukan jay bee yea.bukit jalil je.aku dah sakit kepala jadi tak follow buka puasa dengan FATHI aka MESSY and HADI.harap FATHI faham keadaan aku ni.hurm.
malam abah balik.kata nak bawak g jalan tar.aku mak uteh abah.dah sampai boleh lak kata tak jadi pulak dah.aleh aleh lepak minum whitecoffee jalan kuching saja lah.menci tau.baru nak pau.hua hua.
cerita ulang tayang,12-13 September 2009
moral of the story : hot choc whitecoffee best! tak tipu.

20090914

tak mau,mau

tak mau cakap. mau senyap. tak mau sinis. mau serious. tak mau lawan. mau kawan. tak mau tunjuk tera (terror) mau berani bersuara tak mau cakap tak berasas. mau lagak tegas. donald trump pesan, keep it fast,short,direct. okay.mula dari sekarang. :X

20090912

tidak berfikiran waras

diam.
pendam.
luka makin dalam.


sayu.
badan jadi kuyu.
otak dah jadi kematu.
fikirkan hubungan yang tak menentu.


kayuh.
kayuh jauh jauh.
tak nak cari lagi nanti bertambah keruh.
lepaskan.
tak perlu dikenangkan.
hidup harus diteruskan.


jadi aku biarkan.mampukah bertahan?



Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (surah Al-Baqarah, ayat 155)
*********************************************************************************

20090908

friendly reminder

diskripsi gambarajah bermaksud : menunggu ajal menjemput.bersediakah kamu wahai penuntut?

niat cuma berpesan pesan.

20090907

autumn's monologue

why cant I be what you need.
a new improved version of me.
but i'm nothing so good.
no i'm nothing just bones, 
a lonely ghost burning down songs of violence of love and of sorrow.
i beg for just one more tomorrow.
where you hold me down fold me in
deep deep deep in the heart of your sins.
I break in two over you.
I break in two.and each piece of me dies and only you can give the breath of life.
but you don't see me, you don't here i'm in between darkness and light bleached and blinded by these nights where i'm tossing and tortured til dawn..
now you see me now you don't now you need me now you don't..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...