20090924

raya cara kami


sabtu - last day puasa
3jam lebih perjalanan dari kl ke ipoh.jalan jammed seperti yang dijangka.tambah lagi hujan renyai jadi tak ada alasan tuk tak patuh had laju.nak tak nak redah je la.as usual,berongeng dalam keta dah jadi kewajiban.yeah.dangdut sampai kapan.selit selit dengan lagu raya.buat excited nak balik kampung je.

angah and family arrived malam.dah dekat simpang pulai mak dah standby kat depan pintu.tak sabar la tu sambut cucu.nasib this year angah raya belah sini dulu.kalau tak sunyi rumah tak dengar teriak budak budak tu.takut pulak nak kawin.nak kena gilir gilir nak raya ngan mak.eee.tak nak!hurm.

tau tau je la malam raya.riuh bunyi bunga api letup dentum dentam.macam stadium bola.almaklumlah rumah atuk dekat dengan rumah YB.depa bakar kita sorak.nak beli rasa lali baik beli baju padini.pop pop boleh tahan la lagi.hehe.maaf mungkin perangai agak menjelekkan tapi tu pey el (perangai) mmg payah nak kikis.biar satu benda yang remeh temeh pun akan fikir dua kali tapi kadang2 tu tersasar jugak.haha.



1st raya
bangun pagi.tak dapat semayang raya.(cebik).opah mak sibuk prepare sarapan pagi.dah tu siapkan abah lagi.angah pulak siapkan anak anak dan suami.uteh aku siapkan diri sendiri sudeh.semua kelang kelibut nak cepat siap.tahun ni petama kali raya tanpa arwah atuk.biasanya tiap tiap taun abah teman atuk semayang raya kat istana.sekarang dah berubah.atuk dah tak ada.abang kroll.his son in law.ada la kawan orang tua tu nak semayang raya.cian dia.dah nasib badan dapat anak semua perempuan.atey nyer girl powey (loghat parit) :P
adegan salam raya.aku guna ayat tahun lepas je tapi tahun ni lebih dramatis.heh.
kami sesaudara memang susah nak jumpa.sekali setahun je.tu pun nasib ada hari raya.kalau tak tak tau la bila.bayangkan lah kalau dah bersama?gila jadinya.ingat masa budak budak dulu, selalunya dah jumpa memang tak tidur sampai ke pagi.tahan mata tak nak tidur sebab nak betul betul spent time together.main barbie doll la.main masak masak pakai piring besi la.arwah opah bebel cam mana sekali pun tetap keraskan ati.tak peduli.haha.
tak kan sampai besar nak macam dulu lagi.cuma aktiviti betukar lebih kearah kedewasaan, seumpama ni.ya,sesi fotografi!apa lagi!

 


deyme giler teman sukey


tengahari - ziarah pusara hajah ramlah & haji abdul rashid (arwah opah atuk belah abah).

then, dah agak ke rumah ayah lang.tinggal dia sorang adik beradik arwah opah yang tinggal.abah minta petua.bukan kasi muda yerk.adalah.rahsia :P yang best beraya rumah ayah lang, kami lepak makan di pangkin.makanan pun best best.ada ketupat,ayam rendang,lemang etc.semua buat sendiri tau!credit to ayah lang!


 

ini bukan untuk dijual,hanya untuk seisi keluarga sahaja.makanan tuk berapa keturunan agaknya?


panjut klasik


petang hingga malam - now turn program mak.mana je mak nak gi angah bawak.adik beradik mak ada ramai jugak duduk perak.mana yang sempat kami ziarah.mula mula gi;


rumah mak pidah - kakak mak
'mat..' hai dia masih ingat nickname aku masa kecik tu walau dia ada sakit pelupa buat aku syukur panjang yang aku masih dalam ingatannya.ALHAMDULILLAH

rumah mak wan noor - adik mak

rumah mak en'nin and ayah ku'jit - kakak mak
tertarik sungguh ngan gambar ni.

2nd raya
petang : rumah saudara opah
then, makan ABC kat KK.tempat fav abah.now jangkit kat anak anak dia.
we vote gerai ah yoong. :D

3rd raya
petang : rumah mak zi - adik mak
malam : rumah ayah ngah - abang mak
hampeh.sorang sedara pun aku tak kenal.tak rapat la.dah tu kelu tak berkata, membabi buta mencari makanan semata mata.balik kekenyangan tu tujuan utama. :P


now otw ke gerbang malam,then jumpa pintu masuk rumah sape tak tau.tak masuk cuma lalu.scary you.
4th raya
tengahari : rumah cu
kemudian, teman uteh buat rambut 3jam++ dalam salun dengan hanya dibekalkan 3 magazines in english sahaja okay.nasib uteh bagi duit upah beli coki coki (obat penenang).


petang : PK - KL.
5th raya
petang : ziarah arwah nenek belah mak.
mak nampak ular.euw.
Alhamdulillah, kami tak apa apa.


ucapan orang biasa : SELAMAT BERBAHAGIA DI HARI RAYA :D



20090916

salakan lagu raya

selamat hari raya. 
seronoknya pasang radio dengar lagu raya. 
terkinja kinja joget macam hantu raya. 
yang penting semua gembira. haha! 

sambut tu biar sederhana. 
berpada dengan apa yang ada. 
yang penting kau sekeluarga bahagia. 
jangan lagak rupa iguana.
sombong dengan baju raya euromoda. 
buruk la. 
sumpah tak lawa. 

sudah sudahlah
esok raya. 
jangan lupa salam raya!

20090915

penyakit gusi 2 hari

sabtu ahad keluar dengan AB P'E KA.pergh.gila lah.dua hari yang cukup menyeksakan.mana taknya gelak bedekah dekah.tak peduli sesiapalah.cakap sekali ketawa dua kali.betul betul mengantuk barulah rasa penat.kejang semua urat urat.macam macam aktiviti riadah kami dah buat.

sabtu tengah hari hantar AB.balik dulu petang sikit baru jumpa P'E.buka sama sama dekat wangsa maju bawah jejantas lrt.gila scary.buat tak port sebab da lapa' ni.buka patut jam 1917pm tapi tak dapat buka ikut time.dah sampai pun cukup cukup time.ratah la je la dulu air sama keropok ikan.

order menu tak banyak.cuma nasi putih, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, kerang rebus, telur bungkus, tomyam campur.perut semua saiz S.so makan pun tak abis.lepas teringin bau je.rugi rugi.nasib tak order ikan pari.hurm.
aku AB decide ke karaoke.KA tak mau.last last gi OU watch movie.last desination part 4.tapi tiket front sit.gila kau nk tgk cerita gitu depan depan.tak sanggup weyh.so decide tgk esok petang.nak tak nak malam ni kena puaskan gian aku AB.budak budak tu paksa ikut sekali.haha.padan muka depa.


dah macam tourism kami bawak si mamat jay bee ni.dah tu heret gi danau lagi.jalan 1 round cukup.jalan tersenguk senguk.sesak teruk.ayo.tapi nak buat macam mana kata satu malaysia.hari raya eid dulfitri pun semua nak rai.kan elok kita berkongsi. :)
sebelum jalan danau KA sibuk nak tengok MU.kami terpaksa setuju.dia peminat nombor satu.mamak situ jadi saksi.hilang bosan main teka teki.geli hati hehe.lagi lagi gelagat si AB ni.
suklan spontan dalam keadaan sangat memenatkan dipaksa juga main.


kenapa semua mamak ni bau sama?P'E KA AB laughed.
AB : apa jawapan?
tak ada jawapan.
they laughed again.
sebab tu la aku tak nak main.heh.
tengah sibuk cari baju KA tetiba hujan.tapi misi harus diteruskan.hujan hujan pun tak patah semangat depa nak shopping sakan.aku AB surrender duduk kusi tuan kedai.konon buat buat tak perasan.
nak balik dah tak boleh.tutup kepala guna plastik thank you.jalan melulu tak toleh belakang,malu.tapi seronok mandi hujan rasa macam zaman kecik dolu dolu.huhu.
balik sahur,terus tidur.
tiket da beli rugi ta pegi.suma g tengok movie.boleh tahan movie ni.sesapa penyakit jantung darah tinggi baik jangan pegi.better siapkan surat guaranty.mau kang lepas tengok terus tanam tujuh kaki.baik pikir dua tiga kali.menyesal nanti.aku mengaku aku memang tak berani.nasib ada dua lelaki so tak ada lah rasa nak lari.hehe.
bus KA pukul 6.kami hantar dia pulang.bukan jay bee yea.bukit jalil je.aku dah sakit kepala jadi tak follow buka puasa dengan FATHI aka MESSY and HADI.harap FATHI faham keadaan aku ni.hurm.
malam abah balik.kata nak bawak g jalan tar.aku mak uteh abah.dah sampai boleh lak kata tak jadi pulak dah.aleh aleh lepak minum whitecoffee jalan kuching saja lah.menci tau.baru nak pau.hua hua.
cerita ulang tayang,12-13 September 2009
moral of the story : hot choc whitecoffee best! tak tipu.

20090914

tak mau,mau

tak mau cakap. mau senyap. tak mau sinis. mau serious. tak mau lawan. mau kawan. tak mau tunjuk tera (terror) mau berani bersuara tak mau cakap tak berasas. mau lagak tegas. donald trump pesan, keep it fast,short,direct. okay.mula dari sekarang. :X

20090912

tidak berfikiran waras

diam.
pendam.
luka makin dalam.


sayu.
badan jadi kuyu.
otak dah jadi kematu.
fikirkan hubungan yang tak menentu.


kayuh.
kayuh jauh jauh.
tak nak cari lagi nanti bertambah keruh.
lepaskan.
tak perlu dikenangkan.
hidup harus diteruskan.


jadi aku biarkan.mampukah bertahan?



Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (surah Al-Baqarah, ayat 155)
*********************************************************************************

20090908

friendly reminder

diskripsi gambarajah bermaksud : menunggu ajal menjemput.bersediakah kamu wahai penuntut?

niat cuma berpesan pesan.

20090907

autumn's monologue

why cant I be what you need.
a new improved version of me.
but i'm nothing so good.
no i'm nothing just bones, 
a lonely ghost burning down songs of violence of love and of sorrow.
i beg for just one more tomorrow.
where you hold me down fold me in
deep deep deep in the heart of your sins.
I break in two over you.
I break in two.and each piece of me dies and only you can give the breath of life.
but you don't see me, you don't here i'm in between darkness and light bleached and blinded by these nights where i'm tossing and tortured til dawn..
now you see me now you don't now you need me now you don't..

20090826

ketiak basah

kalau lelaki ketiak basah orang mesti kata,
joyah : 'mesti dia aktif sukan kan.atlet tu.suke suke suke.'

kalau perempuan ketiak basah mesti lah ada yang kata,
joyah : 'ee...kau tengok dia tu.tak malunya.selekehnya.bla bla bla!' (talking crap)
cerita sampai 3 keturunan pun tak habis. tapi..kalau orang kesayangan kau ketiak basah.
apa kau nak kata?
joyah : eer.. (ignore nothing happen,right?)

tiap tiap tahun dapat invitation for secretaries week.syok hoho.mana taknya penat lelah aku kerja makan gaji layan kerenah bos ni.susah.payah termengah mengah jadi berbaloi baloi la jika kami diraikan.kan? aku pilih kris.lunak suara dia buat audience beremang.kasi la lagu apa pun dia bantai with her style.hall gamat lagi hebat dengan kehadiran si dee.she+he (aku confius) is so people person.aku panggil dia drama king.huhu.dee jejak stage je semua pekik.gelak terbahak bahak.habis show aku sakit tekak.tapi tak pe.aku terhibur tu yang pasti.wee :D bagi mereka yang hadir on that day kerjanya snapshot picture mesti ada persamaan dengan picture yang tidak disengajakan ni.aku tak salah kris tapi aku salahkan baju tu yang ketat padat sendat tak larat.mungkin juga salah spot light atau atau PA dia tak beli nuarm?ayo. p/s : happy secretaries day :D

Oh My!
good vocal.
lepas 30minit.tuka.baju tadi dah lenjun.

so.moral of the story : silalah dapatkan nuarm di kedai berdekatan.pis!

20090824

teka teki teka tekuk

kalau kau orang handal sehebat a.samad said sila jawab soalan level phd aku ni
soalan : kenapa aku kepit hidung?
a) buat salah ka
b) tempat kejadian bau kurang enak ka c) juru kamera tak mandi ka
d) atau apa ka _________
tiada talian hayat.sekali cobaan sahaja dibenarkan.
jika salah anda diminta mengirimkan wang pos bernilai RM50 bagi setiap jawapan yang salah. pemenang akan menerima hadiah berupa rantai gate pusaka arwah opah aku.
ada berani?mari kita tengok siapa yang kena [ibrahim pendek]
[side income cari duit lebih.nak raya ni woi.aduyai]

20090815

tulisan cacing pita campuk kerawit


dua tahun aku betapa.aku ingat kacang.rupanya lain yang datang.rasa macam masuk tadika padahal institusi.kalau ikut emosi.memang aku nak berhenti.cuma kata kata ibu susuan jadi pegangan.hati nak memberontak.sentak.inikah ilmu kifayah aku bawa ke alam bazarkh.pujuk diri supaya tabah.jangan mudah mengalah.motivasi diri penting saat ini.tunjuk lagak diri macam kuat.mula cari punca salah.tuduh melulu tutup malu.mula fikir thinking out of the box.empty box there's nobody never cares.nobody listen just follow the lesson and please take an action just carry on which is u already start on. baris ayat karya fynn jamal buat aku buka mata..'buka langkah jalan megah jangan bimbang halilintar'.cuba kau rasa.

bakal-bakal pengapit bos

bertahan aku masih bertahan hingga aku disahkan sebagai penuntut yang telah berjaya menamatkan pengajian.sedih teruja berbaur sebak. banyak kenangan aku bawa.tak usah cerita confirm berjela.aku suka aku benci aku belajar berdiri sendiri.aku sudah perolehi daripada cakap kosong mimik bongkak.hodoh bukan? aku pilih tak nak.biar aku tak berharta tak berupa dari aku bermegah megah dengan benda yang tak ada.malu wei.jangan malukan diri sendiri nanti makan diri.susah ke jadi diri sendiri?tepuk dahi tanya apa kau dah buat ni. janji mak sudah aku ditunaikan.gembira dia.pahala aku dapat.gembira aku.aku gali ilmu yang lagi berharga dari duit cop agong kau bangga.baik kau simpan dari belagak sana sini.buat kenduri tahlil ke100 hari kau punya nanti.tak da susah orang nak cari duit untuk kau bila kau mati. penuh ilmu di dada pun tak guna kalau tak difaedahkan.simpan sampai bau kempam sudah bau masam buat muka muram.mana tak nya ingatan tak kuat semacam usia lima tahun.makan kismis doa banyak banyak pun tak ada guna.sebab kau tu kuat pelupa [tuding diri sendiri dengan mata jegey]. aku mula mengarca corak hidup dengan cara aku sendiri.aku tak kesal tak sesal apa nak menyesal.tak da masa nak toleh belakang nanti bawak sial.jalan kena kedepankan.sekarang aku bina kerjaya.mahir sudah mengurus wang.masa pun dah tak terbuang.ada masa aku luang dengan kawan kawan yang sentiasa aku kenang.haha.bila bersama belanja sesuka hati tak rasa rugi bukannya berjudi.tapi bila habis duit kau mula rasa sunyi.mula tanya mana kawan kawan ni?tunggu gaji saban hari.berhutang la lagi.apa nak jadi. [lengok suara tan sri s.m salim]

susah pahit perit sakit aku tanggung.mana kau nak tahu sebab kau tak pernah amik tahu.kemudian pura pura nak amik tahu konon jadi kawan baik la tu.tak malu.perilaku kau pun aku sudah tahu.ambil tahu kemudian kasi bilang semua orang tahu.seronok la lu.hati busuk serupa sampah la kau tungu (adik beradik pingu).tu nickname kau terbaru.tak apalah.biar kaku diam tapi bukan bermakna aku salah.aku cucu cicit Siti Khadijah yang kuat tabah lalu berserah.Tuhanku Maha Adil tau.

kesimpulannya : menuntut ilmu selagi bernyawa 

tulisan cacing ni boleh buat duit malah boleh bikin jadi gila :B

 
they have their own characters dat i won't never forget. aku rindu kau orang la wei.

20090812

member hingus

lokasi: grand season hotel
penganjur: no

bukan senang nk kumpul kawan kawan lama lagi lagi budak budak zaman sekolah rendah.banyak kerja wo.nak calling texting set venue layan kerenah budak budak gila ni.pergh.
no si penganjur

niat murni si no ni patut jadi contoh.kumpulkan kawan kawan lama yang lama terpisah.buat jejak kasih.peluk peluk ciuum ciuum.best.(jungkit dagu).

mula mula janji ramai datang.rindu rasanya dengan budak budak ni.apa la cerita mereka.semua 'jadi orang dah' kata orang tua tua.


lagi 2 3 hari nak jumpa no msg kata ramai tak dapat follow.pulak dah (bisik aku).sian no.mula janji nak pegi tapi last minute half of them canceled.ada hal la.bf tak bagi la.exam la.tapi aku tak leh nk salahkan mereka.mungkin ada benda yang tak boleh elak.tak pa lah.lain kali boleh jumpa an.aku rindu jadi aku join in.reunion ni bukan selalu buat pun.dapat jumpa 2 3 jam pun kira okeh la.at least we'll keep in touch right.those who came on that day many tanks.uguys r awesome.

soklan azali yang biasa aku dengar.
soalannya adalah seperti berikut:
  • sihat?
  • kerja mana?
  • bila nak kawin?
  • duk mana sekarang?
  • buat apa sekarang?
  • bf kau siapa sekarang?
Jawapan aku:
  • steady babe.kau?
  • m___.kau?
  • belum sampai seru.kau?
  • rumah lama.kau?
  • kerja.kau?
  • mana ada (angguk malu malu).kau?
Jawapan ikut syaitonirogim
  • sakit ni.tak nampak ke.kau?
  • kerja makan gaji untuk makan hari hari.kau?
  • kenapa.kau nak sponsor baju nikah aku ke?kau?
  • rumah kebajikan milik mak aku sediakan untuk anak anak dia sahaja.kau?
  • duk melangut depan kau tengah sibuk tanya aku.kau?
  • nape kau nak tau.kau nak kenal pastu kau nak caras laki aku la.dem u.
heh.saje je.aku tak sejahat tu la.aku budak baik.baik ke?

20090801

ais ais bebeh

ahad petang fathi sibuk ajak pegi main ice skating.call msg asyik cita pasal ice skating je.dia teringin na nak main tu.sian dia.jadi satu ari pakat ramai pegi sunway.aku no farr and fathi.kami jarang dapat jumpa sebab masing masing hal sendirikan.no sibuk dengan futsal team.fathi kerja dia.farr hal lain pulak.sekali sekala dapat jumpa syok hohoho.gamba sakan la.lagi lagi si no.sawan camera dia dah datang.tiap tiap minit nak begaaamba je.layan.sampai sampai fathi dah lompat lompat macam bymbo.teruja dia.hasrat dah tcapai.ingat nak terus main tapi perut suma dah lapa so bedal dulu kat teppanyaki.order masing2 bayar.suma da begaji kan.jaga bajet.faham sendiri sudeh.heh. habis makan perut suma jadi boyot.badan dah berat.bontot apatah lagi.nak bangun pun malas je rasa.jalan pun tepaksa. mahal jugak main ice skating ni.sekepala charge RM35++.guna untuk makan satu hari pun boleh muntah wo.bila fikir balik tak pa lah aku pun tak pernah cuba benda ni.
luar court jalan terkangkang kangkang.macam gergasi.berat seh kasut ni.keluh aku.masuk pulak kena seret.fuh.nasib baik masa kecik mak aku belikan roller blades.tak da la aku janggal sangat main benda gila ni.gesek gesek tunjuk teror sebab tak jatuh lagi.tengok bontot orang tompok basah confirm dah jatuh tadi.haha.kalau jatuh la ni.pergh.lebam kot.farr main kejap je.rasa setengah jam pun tak sampai.dia tak berani la.aku fikir bayar mahal je aku main sampai 3jam.badan dah letih pun paksa diri jugak.nanti rasa ralat.
dah penat gossip jap
suma da surrender kecuali fathi aka messy.lain hari dia nak main lagi.suka betul dia main skates. jalan jalan kat sunway tak kan tak beli barang kan.singgah kedai kasut.pilih gold suma bulat suara setuju cantik.aku beli tambah koleksi.kami balik tak lambat.puaskan nafsu si fathi nak main ice skating je.hehe.
pesanan penaja : sahabat sampai mati kawan.
aku bukan buat muncung.gigi aku jongang.
bukan milah jongang.emma jongang.haha
kami dah kesana anda bagaimana?

20090731

menggila di zoo negara

Ingat lagi masa sekolah rendah kalau ada apa apa rombongan mesti aku nak join.tiap tiap taun tuka organizer tapi tempat sama je.1 rombongan 3 tempat.first pegi muzium negara mesti lepas tu gi tugu negara, akhir singgah zoo negara.every year name aku mesti dalam list.budak.kawan gi aku pun nak gi.paling aku suka pegi mesti la zoo negara.benda hidup.jumpa haiwan ni nak amik gamba jumpa binatang tu sibuk nak usik.pantang.tak bosan.last pegi umur 11taun.lama tak ziarah kawan kawan lama kat sana.erm.
dua taun lepas.tak ingat bila.dengan member.plan tak dirancang pun.hujan belah pagi time tu.aku borak dengan air poll.tiba tiba teringin pulak nak ke zoo negara.poll kata on je.cergas.kami gerak petang lepas hujan sebelum magrib.sapa ada jalan.fariza aku airpoll.3 kepala pun jadi. sampai.nak masuk tokei zoo negara charge satu dahi sepuluh ringgit.entry check point zoo macam pegi tengok bola.best.ada feel.dah masuk suma orang jadi jakun pak dukun.mula mula ziarah rumah mak jah (gajah).sebelah rumah kak pah (zirafah).lepas tu rumah pak tan pulak(orang utan).gila kami jadinya.ke aku je?
pantun pendaki bukit
skodeng si cacing kepanasan
airpool tak suka bgambar jadi aku amik tapak kaki dia.heh

malam dah.kata waktu malam best.suma jadi aktif tapi aku suluh suluh tak nampak apa apa pun.tipu.(muka frust)

20090723

mati kutu

23072009 3:26
chapter one
otak dah tak betul. bingung jadinya tak atau apa nk buat apa lagi. makan minum aku bagi. bilik kau aku jaga. bilik air kau aku cuci bersih sampai sikit daki pun tak ada. boleh kata semua tip top.boss aku kata power.
sudah anggap ia satu tanggungjawab.berat pun tak apalah.janji kau dipandang saja. tapi kau tetap pergi.sakit aku.ati aku sakit.aku diam.
satu hari aku pulang lewat.biasa kerja.apa kau jangka.xada penghujungnya.no happy ending okay.mata sudah katup pun belum tentu kau fikir kau tak bekerja lagi.cuma kerjanya agak berbeda.sekarang kau kerja cari duit untuk beli itu beli ini.puas nafsu lapar.sex.nampak itu kau mau.orang ada itu kau pun sudah rasa teringin.cari peluang bikin strategi sampai dapat.penuhkan apa yang kurang.ada lebih sikit simpan tunggu bebunga.ohohoi.nikmatnya.apa lagi.kita enjoy!(nora danish). janji kita happy!(amy mastura). heh.gelak cover gusi. kadangkan ingat balik dosa.debo semacam aku dibuatnya.apa amalan aku nak bawak nanti.dem.mengucap panjang.mula ingat Dia yang xpnah lupa aku.tah apa yang aku dikerjakan Dia nanti.dah tu dacing kiri berat sangat.minta jauhkan.Amin Orang muda kata rasa dulu nikmat dunia nanti xsempat. Orang kurang muda kata jangan buat dosa didunia nanti kau rasalah nikmat di akhirat.
lu pikir la sendiri.
chapter 2 teringat masa mula.semangat tukar hyper jumpa dia.teruja konon mau eksen bw jumpa keluarga.dia mula tunjuk ego level 10. duukkh(pale dia aku ketuk).kan dah kena.diam 5saat. jangan jadi hati batu ya.aku berbahasa asing.reaksi buat xendah.xpe xpe. dua minggu lalu macam air.sudah anggap macam anak bongsu mak.xkisah lah dia amik tempat aku.asal mak ada kawan.semua suka benar dengan dia.aku xdengki malah happi ya.aku balik rumah mak aku selalu cerita.tempat paling dia suka kunjung dapur tempat mak suka lepak.wah.pandai ambil hati.stor second port.aku xbagi.biarlah bantah mak.14minit xmuncul2.mak resah aku panik.ah sudah.apakah? mak cari aku rebah.nk mencarut xdapek la jack.mak kot kat sebelah.hentak kaki jadi kuat.dia sedar ada res-q.mula tunjuk diri mimik simpati.mbebel aku xhenti henti.tarik dia masuk bilik.habis sumpah seranah aku bagi.kena aja bagi pandai.sekarang kau lompat mana tau esok kau bdiri.masuk tv aku.haha(gelak hilang arah).
chapter 3
esok kerja rutin biasa.bangun pagi.mandi.pakai coli.sarapan mak bagi.terus pegi.xada masa tonton siaran pagi.sudah jadi tabiat hari-hari aku macam ni.pegi kerja balik kerja.kerja makan gaji rupa itu lah.tp aku tak menyesal sebab kerja makan gaji aku ni lah hai dapat aku beli bumble bee sendiri.(dagu jongkit).jam dinding 5.33pm jam tangan tepat pukul 6.sah jam dinding aku buat hal lagi.dah tuka bateri baru pun tak jalan.mula nk hempas barang.emo xkena tempat.hp bunyi xkena masa.uteh message.uteh taip, emma.'anak emma sakit.telinga senget sebelah+makan xlalu.mak suruh balik bw pi klinik'.terduduk aku.diam 3minit.aish.apa ni.jangan la.rushing aku balik bw macam peleset.xhirau apa dah.dia aku utamakan dulu.buka tenet cari location tak jumpa.uteh mak decide bw dia g klinik area rumah.satu2 nya kedai vet paling dekat. lompat aku masuk kereta start enjin terus jalan.mak(mak betul),adek(niece),ah jooi(nephew),uteh(anak mak aku) semua ikut.semua concerned.kami ke vet.aku datang dengan harapan aku pulang dengan hampeh (motto skola depan rumah).tutup pulak dah.aduhai.keluh aku sepanjang jalan.muka semua kelat.mak bakar semangat dia kata 'esok kita pergi pagi2 la'.semua angguk.abis nak buat macam mana lagi.orang kata tdo tak lena mandi tak basah dah rasuk chenta tapi aku tak.aku xmenentu.kerut dagu pikir benda buruk.risau tak sudah sudah.mula tanya apa kurang.dia merajuk ke aku maki hamun.mula salah diri sendiri.dem.
chapter 4 pagi.apa kau tanya lagi.kerja la.tapi kali ni lain dr hari biasa aku pergi.aku rasa badan bulu roma kuku kaki tumit dagu leher usus perut pangkreas semua kat office.cuma hati aku tinggal.tinggal tuk dia.aku pesan mak jaga dia baik baik(muka minta duit). hrm..(setuju mak).aku buat kerja semua tak kena.member office+boss tegur sopan.apsal hari ini tak macam biasa.rasa sebak nak cerita.diam je la.dua tiga orang aku cerita.dua tiga jam aku tunggu khabar mak.apa dah jadi ni.jam 4.barulah uteh call, 'anak emma kena gigit'.kena gigit?siapa gigit?(tiba naik sheikh).darah mengeleggak macam air masak.emosi tak stabil.apa ni.nk balik sekarang tapi tak boleh.cari benda jadi mangsa.jam,aku campak.daun pokok aku cabut.kawad setempat pun tak ada guna.nak tanak aku kena tunggu sharp 1730 gak.tangan sibuk set alarm handphone.hurm.
chapter 5 cukup 1730 dah tak boleh tahan cabut lari.tak mau tunggu lagi. masuk terus tak bagi salam dialah yang aku cari dulu.
mana?mana?(mata melulu cari dia). mak : dalam cage (muka kerut). uteh: doc kata dia kena gigit. mak: tikus gigit. ha?gigit mana?bila? uteh: tinger kiri.dia kecik+lembut. (macam aku.heh) mak: mungkin kena masa dia main kat blakang aritu.(nada serba salah)part tinger memang sensitif kalau spesis dia ni.boleh bawak maut. maut!(nada tinggi+pelik) habis doc kata dia boleh pulih tak? diam.
mak: kalau tak baik juga kita bwk klinik specialist (ayat penyedap). aku tak puas hati.teruk sangat ke sampai tak boleh baik.malam aku jaga.dia manja betul.makan suap.air kena nenen kan.tdo selimut.tak nampak perubahan pun.badan dia mula panas.ish apa pulak ni.
mak!dia demam pulak! mak: sok kita bw dia gi klinik lain.
chapter 6 22072009 1810 - balik kerja ambil dia.mata mula berair.drive gi vet.mak co-pilot.nasib.doc tak balik lagi.
mak: doc dia xada prubahan la.makan tak nak.buntu kami. doc: ok la sy bg injection antibiotik h1n%%$^##$ (cakap macam kami tau je idiot) (kenapa dia tak pakai baju putih.tshirt rumah plak tu.aku dah nak tanya kelulusan apa.berapa pointer.aduh.betul ke dia ni doktor.ish.risau pulak) mak: tahan ya bo (nickname bimbo) aku dah xboleh tunjuk cool.mleleh dah. bimbo kaku kena inject.aku tengok mata merah dia tu bulat besar.sakit la tu. doc: da mak cik. lagi ni vitamin sy kasi. (2biji saja dia bagi okay) semua Rm$#%$!
mak ai.mahal,gila! mak+aku+bimbo gerak balik.harap2 dia strong lepas suntik :'( mak sibuk nk beli sangkar baru.aku kata xpayah but no point.if dia mau beli dia beli jugak. so mak beli cage saiz XL padahal bimbo@zorro saiz XS.lantak.
chapter 7 malam ni bejaga nak jaga dia.mak potong carrot kecik bentuk empat segi.aku cuap dia makan smbil kendung.hai bila la dia boleh aktif macam dulu.ingat lagi masa gameboll bwk kami gi mancing.bebaskan dia.suka dia.kami lompat tinggi2.tangkap belalang kunyit.makan rumput.gameboll geleng sengeh tengok gelagat kami.syok hohoho.tapi aku xambil pictha time tu sebab leka sampai lupa.hurm.cepat la baik.
tiap2 10minit aku tengok dia.diam je.aku toleh tempat lain dia dah mula lompat2 tp tak banyak.dua tiga dia benti.nafas lega.aku biarkan mungkin dia tak nak aku dekat dengan dia barangkali.abaikan.layan drama.tengok mak+uteh da tebongkang letih depan tv. automatik pale aku begeleng.pedulikan.
chapter 8 23072009 0200 - tengok drama sampai lalai.lupa niat sbnar berjaga malam.eh bo?mana pegi dia ni.xkan jauh da merayau.jerit manja aku panggil dia.dia kua muka sunggul.dia lompat arah aku suddenly terus rebah.dia jerit sakit macam nyawa kena tarik.sentap.apa nak buat?buntu.aku angkat aku kendung aku peluk erat.bo sakit mana?kat mana?dia masih jerit.hati aku rasa dia tengah mengucap.aku xtentu arah.aku panggil mak.mak mengucap panjang.aku tengok mak mata merah.lagi la aku meraung bagai nak gila.bangun la bangun la.sedu sekali skala.aku sayang kau la.apa ni.bangunla.denyut makin pelahan.mak xhenti baca mentara sambil usap kepala bo.badan dia rasa keras.takut.gigil aku satu badan.dakap dia xnk lepas.airmata curah-curah.mak lari ambil kotak umpama keranda.aku tarik nafas panjang.xmampu buat apa2.xdaya lawan takdir.Dia dah tentukan.nak tak nak kena terima.redha je la.mak ai.sakit nya perit oi.jatuh bangunan 4tingkat pun tak rasa sakit macam ni.mak tarik tangan aku supaya lepaskan bo.aku biakan mak ambil dia.dah xguna kata apa2.dia dah selamat.aku kesat mata.dah penat.terus tido.
chapter 9 0706 mak takut aku nangis lagi.dia tanam bo awal pagi.aku bangun lambat.xde sebab nak datang awal la kan.tido 2 jam idung berhingus mata lebam kepala pening.package.aku tetap gi kerja.family xberani tegur memandangkan mood kurang elok.g kerja muka ala kadar.xda rantai labuh mcm biasa.ah.ada aku kesah.cak cak cak.haha.op.no laughing for a week.aku masih bkabung.nnt bo ingat aku happi xada dia. :'I aku perap peram kurung diri sendri.rasa malas nak bgerak sana sini.nk bcakap apatah lagi.tapi tetiba rasa sunyi.biasanya seharian kerja mesti aku jumpa sofia(queenbee).kak sanissah.jaja.nadi.jian.aja.cc ada mereka tak syok pulak.mereka selalu buat aku ceria+ketawa hari2.kepala depa besh tau.aw.i luf all of them. :'*
watak dia dalam cerita : bimbo si rabbit
-masih bkabung-

20090721

test test

21072009 - hari pertama
1846
tempat kejadian : office
testing one two one two dem u.
haha.
keluar masuk jian (http://www.jiantian.blogspot.com/) ajar aku dari tadi xfaham faham.tambah lagi pintu kaca bunyi bedesing gegendang telinga kami.bengang bengit jadinya.huh.tp gelagat dia xada rupa putus asa.dah tu aku asyik je la tanya guna khidmat dia.heh.anyway 'TANKS jian.saya doa awak jadi budak baik ya'. :) now im good a bit on it.yeay.
dolu tak de la rasa nak buat blog ni sangat.tatap blog kau orang saje.dah kena pujuk+tanya.aku pun join in.i dumb.i whispered.quite interesting.yeap.just said it.i admit.aku insan lemah dengan godaan.u pun.heh.
(sambil kening jongkang jongkit)
cukup time balik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...